"Tindakan undang-undang adalah wajar dikenakan kepada pelajar Malaysia di Taiwan, Wee Meng Chee, yang menghina lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Itu tegas Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar. Walaupun pelajar terbabit telah memohon maaf namum ia tidak memadai."
Syed Hamid Albar:
"Benda ini bukan satu benda yang ringan yang boleh dipermudahkan. Satu ialah berkenaan lagu Negaraku. Nombor dua ialah ia menghina agama Islam. Dan memperlekehkan. Bila you memperlekehkan, ini mempunyai kesan yang amat mendalam dan jauh sekali dan saya... saya fikir... i think... pada saya kan kalau kita buat kesilapan macam itu, saya fikir ini adaalh kesilapan yang dibuat secara conscious, bukan kesilapan tak sengaja."
Pemberita:
"Tambah Datuk Seri Syed Hamid lagi, beliau menyerahkan kepada pihak polis dan peguam negara untuk menentukan bentuk tindakan undang-undang yang akan dikenakan. Selelum ini aksi pelajar komunikasi Massa di Universiti Mingcuan Taiwan itu terkandung dalam kip video dalam sebuah laman web."
Video reaksi Negarakuku oleh Syed Hamid Albar di NTV7 | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register