Presiden Merika Syarikat George W. Bush tersalah sebut beberapa perkataan semasa ucapannya di APEC di Australia.
Dalam beberapa minit ucapannya, Presiden Bush telah merujuk perhimpunan yang diadakan ketika itu sebagai perhimpunan OPEC (Organisation of the Petroleum Exporting Countries). Dia kemudiannya memperbetulkan sebutan OPEC kepada APEC menyebabkan mereka yang hadir tergelak.
Dia kemudiannya merujuk Australia sebagai Austria tetapi gagal untuk menyedarinya atau memperbetulkan sebutannya.
Sepanjang ucapannya juga, dia telah tersalah sebut beberapa perkataan lain seperti ibu negara Australia Canberra, Kuala Lumpur dan Jemaah Islamiyah.
Selain itu, dia juga telah keluar dari pentas melalui jalan keluar yang salah. Perdana Menteri Australia John Howard kemudiannya menuding jari untuknya menunjukkan jalan keluar dari pentas yang betul.